Sarawak merupakan negeri ketiga terbesar di Malaysia sebelum pembentukan negara Malaysia. Sarawak bebas dari British pada 22 Julai 1963.
Terdapat pelbagai tempat menarik yang terdapat di sarawak.
Taman Negara Bako
Taman Negara ini terkecil di sarawak namun terdapat pelbagai jenis hidupan liar seperti monyet belanda memiliki hidung besar yang dipanggil monyet proboscis yang hanyalah terdapat di borneo saja. Terdapat juga pantai laut,paya bakau dan kawasan air terjun untuk sesiapa minat aktiviti-aktiviti sebegini. Sebelum melawati tempat ini kena menghubungi pihak Jabatan Perhutanan Sarawak terlebih dulu.
Tiket bas asia no 1 dari kuching ke Terminal bako rm3.50 sehala/harga tiket bot dari terminal bako le Taman Negara Bako Rm15 sehala/Park Conservation fee rm10.
Forest Department Sarawak,Bangunan Wisma Sumber Alam,Jalan Stadium,Petra Jaya 93660,kuching.
HUTAN SIMPAN SEMENGOH
Terigin melihat orang utan? Sinilah tempatnya. Jarak untuk dari bandar kuching hanya 30 km. Orang utan ni dibagi latihan oleh para ranjer untuk hidup dalam hutan sebelum dilepaskan ke hutan yang berada sekitar. Orang utan akan pulang ke pusat pemeliharaan pada pukul 9-10 pagi dan 3-3.30 petang untuk makan, pada masa ini boleh melihat pelbagai gerak geri orang utan.
HUTAN SIMPAN SEMENGOH
Terigin melihat orang utan? Sinilah tempatnya. Jarak untuk dari bandar kuching hanya 30 km. Orang utan ni dibagi latihan oleh para ranjer untuk hidup dalam hutan sebelum dilepaskan ke hutan yang berada sekitar. Orang utan akan pulang ke pusat pemeliharaan pada pukul 9-10 pagi dan 3-3.30 petang untuk makan, pada masa ini boleh melihat pelbagai gerak geri orang utan.
Rm10 bayaran
Hari isnin-jumaat(8am-4.45pm)
Jalan puncak Borneo,93250 kuching.
MASJID JAMEK KUCHING
Masjid jamek merupakan masjid lama yang berada di kawasan kota lama berdekatan sungai sarawak. Masjid ini masjid pertama dibina di Kuching pada tahun 1847. Dibina menggunakan dinding konkrit dan atapnya daripada kayu belian. Masjid ini diperbaharui semula dengan kubah berwarna emas.
Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub,petra jaya, 93050 kuching.
TAMAN NEGARA GUNUNG GADING
Taman Negara Gunung Gading merupakan tempat pemuliharaan Rafflesia yang pada mulanya dijalankan secara tertutup, namun Jabatan Taman Negara buka kepada orang ramai supaya dapat melihat khazanah alam lebih dekat lagi. REFLESIA merupakan bunga terbesar di dunia membesar sehingga satu meter diameter. Musim hujan adalah masa yang tepat untuk melihat ia mengembang besar.
Rm20 bayaran
Masa 8am-5pm
Lundu,kuching
MUZIUM KUCHING
Muzium kuching yang pertama di dunia. Di sini dapat melihat seni,foto dan cenderahati bekonsep kuching. Terdapat pelbagai koleksi berkaitan kucing dikumpul sini sekitar 4000 dan ke atas.Masuk percuma.
Percuma/rm3-rm5 untuk mengambil gambar.
Setiap hari kecuali cuti umum(9am-5pm)
Bangunan DBKU,bukit siol,jalan semariang,petra jaya kuching.
KUCHING WETLANDS NATIONAL PARK
Terdapat pantai,laut dan ekosistem air tawar serta pelbagai jenis binatang liar di kawasan berpaya bakau seperti proboscis monkey,buaya,helang dan lain-lain. Lokasi tempat ini lebih kurang 15 km dari kuching dan 5 km dari pantai damai.
Taman ini terdiri daripada laut, pantai, dan ekosistem air tawar. Terdapat pelbagai jenis binatang liar di kawasan yang berpaya bukau ini seperti proboscis monkey iaitu monyet yang berhidung besar, helang laut, buaya dan lain-lain. Kawasan ini berdekatan dengan muara sungai salah dan laut sibu. Kemderaan disediakan iaitu menaiki bot dan pemandu pelancong akan membantu anda menerokai taman ini.
Dari bangunan yang futuristik dapat menikmati pemandangan 360 darjah bandar kuching dan kawasan sekeliling. Ia merupakan planetarium pertama di Malaysia iaitu planetarium Sultan Iskandar. Bayaran masuk ke Civic Centre hanyalah Rm2 sahaja dan melihat permandangan menyegarkan mata seperti Gunung serapi,santubong dan gunung-gunung wujud di kalimatan.
Rm2
+6082 415806
Jalan Taman Budaya,kuching 93400
Taman Negara Kubah
Untuk menyukai aktiviti lasak, boleh melakukan aktiviti jungle trekking dan mendaki gunung serapi di Palmetum Trail, waterfall trail, rayu trail, selang Trail dan Belian trail. Terdapat air terjun juga disini.
+6 082 248088/+6 082 370 422/+6 082 374869
Taman Negara kubah Jalan Lundu-sampadi, 93050 Kuching
FAIRY CAVE & WIND CAVE
Fairy cave/gua pari-pari dinamakan sempena bentuk batu stalagmite berada bahagian pintu masuk gua strukturnya berbentuk seperti dewan bagi masyarakat cina. Gua ini terdiri sejarah sendiri dimana dahulu kala terdapat sekumpulan manusia tinggal disitu namun mereka kerap mendera kanak-kanak yang memyebabkan mereka disumpah menjadi batu oleh dewa disitu. Kebenaran kisah ini masih tidak diketahui namun terdapat batu yang menyerupai manusia yang boleh anda jumpa dalam nya.kemasukan dalam gua ini adalah percuma.
Wind cave merupakan nama sebuah gua kerana terowong dalam gua ini adalah tempat laluan angin yang masuk dari satu ruang dan keluar ke ruang gua yang lain. Permandangan air yang mengalir serta kelibat kelawar-kelawar berkeliaran dalam gua ini.
Laluan dalam gua adalah agak gelab,dinasihatkan agar anda membawa lampu suluh sendiri. Lampu suluh disewa dengan harga rm3.
Rm3 dewasa/rm1.50 kanak-kanak
(8.30am-4.30pm)setiap hari
94000 Bau,sarawak
BORNEO HIGHLAND RESORT
Borneo Highland Resort ini terletak di Borneo Highland dan terdapat juga Hornbill Golf & Jungle Club. Cuaca disekitar agak sejuk dan pandangan tidak begitu jelas dikelilingi kabus agak mencabar untuk bermain golf di sini.
Resort terletak lebih kurang 80 km dari kuching dan berdekatan dengan sempadan kalimatan. Ketinggian Borneo Highland mencecah dalam 600 - 1000 meter. Terdapat acara tahunan seperti perlumbaan Burung Negeri Sarawak dan acara memerhati Burung di kawasan tanah tinggi.
Lorong kota Padawan 10a, 94200
PANTAI DAMAI
Berdekatan dengan pantai dapat melihat hutan hujan tropika yang paling tua di dunia. Damai Beach Resort menyediakan kemudahan menginap yang selesa. Terdapat juga Kampung Budaya Sarawak yang berada berdekatan dengan pantai dan permandangan laut China Selatan.
Santubong,93756 kuching.
TAMAN BUAYA JONG
Taman Buaya Jong adalah terbesar di Malaysia terdapat lebih dari seribu ekor buaya dijaga disini. Buaya dibagi makan pada pukul 11 pagi dan 3 petang setiap hari.
Terdapat monyet,musang,biawak, ular sawa dalam mini zoo.
Terdapat Tulang buaya dalam taman Buaya Jong telah dibagi nama bujang senang tinggal di sungai Batang Lupar, sejak tahun 1941. Buaya ini terkenal dalam kalangan masyarakat kerana ramai manusia yang menjadi mangsanya.
Rm22 dewasa/rm11 kanak-kanak
(9 am-5 pm)setiap hari
Siburan,2km kuching-siburan road,93250
Taman Orkid Kuching bertempat di seberang sungai dari waterfront. Anda boleh menaiki bot kayu dipanggil perauk untuk menuju ke taman Orkid dalam cas rm1.00 dan perjalan ambil masa 15minit.
Masuk percuma
Buka setiap hari kecuali isnin(9.3am-6pm)
+6082 446688
Orchid Park,petra jaya,93050 kuching
Terdapat koleksi barangan penting dalam sejarah di asia tenggara. Reka bentuk bangunan muzium dibina mengikut dewan bandaraya di perancis.untuk bahagian muzium yang terbaru,bahagian atasnya digunakan untuk program rasmi, tingkat bawah terdapat aquarium,memorial pahlawan dan taman botani.
Masuk percuma
Isnin-jumaat(9am-4.45pm)/sabtu-ahad(10am-4pm)
Jalan Run Abang Haji Openg,93000 kuching.
Rumah panjang Annah Rais Bidayuh
Rumah panjang dibina pada tahun 1818. Rumah ini terdapat dua bahagian yang dipisahkan oleh sungai. Rumah klasik ini memegang rekod rumah panjang yang paling panjang di sarawak. Rumah panjang ini dibina untuk mengelak ancaman penyamun kerana mudah penduduk untuk berkumpul menentang mereka.
Rumah panjang terletak di kaki bukit Borneo Highland dan jarak dari kuching adalah lebih kurang 90 km. Terdapat kawasan kolam air panas berada berdekatan dengan rumah panjang ini.
Padawan siburan 94700 sarawak.
PASAR SERIKIN
Perjalanan dari bandar kuching ke pasar serikin adalah anggaran 1 jam. Barangan kraftangan jual disini adalah harga yang murah.Antaranya adalah kain batik, bubu,tikar, makanan tradisi dan lain-lain. kedai-kedai di serikin dibuka pukul 8 am dan tutup pukul 12 tengahari.
Sabtu dan ahad sahaja
Serikin,94300 Bau.
TAMAN NEGARA MULU
Taman Negara memiliki keadaan muka bumi yang agak luar biasa. Terdapat pelbagai jenis tarikan seperti kejernihan lingkaran air batu dan gua batu kapur di taman negara ini.Memiliki kawasan batu kapur yang paling kerap dijadikan kajian di dunia dan lingkungan 3500 spesies tumbuhan vaskular.
Pelancong dinasihatkan membuat tempahan bilik sebelum datang ke taman negara supaya segalanya berjalan dengan lancar apabila sampai disini. Jenis tempat tinggal terdapat disini seperti rainforest lodge, banglo, hostel dan rumah panjang.
Perjalanan ke gua menggunakan jambatan kayu adalah agak licin dalam gua nanti, seterus anda kena merentasi anak sungai dan melalui kawasan berbecak dan berlintah maka hendaklah menyediakan pakaian dan kasut sesuai untuk perjalanan ini.
Perjalanan dari bandar kuching ke pasar serikin adalah anggaran 1 jam. Barangan kraftangan jual disini adalah harga yang murah.Antaranya adalah kain batik, bubu,tikar, makanan tradisi dan lain-lain. kedai-kedai di serikin dibuka pukul 8 am dan tutup pukul 12 tengahari.
Sabtu dan ahad sahaja
Serikin,94300 Bau.
TAMAN NEGARA MULU
Taman Negara memiliki keadaan muka bumi yang agak luar biasa. Terdapat pelbagai jenis tarikan seperti kejernihan lingkaran air batu dan gua batu kapur di taman negara ini.Memiliki kawasan batu kapur yang paling kerap dijadikan kajian di dunia dan lingkungan 3500 spesies tumbuhan vaskular.
Pelancong dinasihatkan membuat tempahan bilik sebelum datang ke taman negara supaya segalanya berjalan dengan lancar apabila sampai disini. Jenis tempat tinggal terdapat disini seperti rainforest lodge, banglo, hostel dan rumah panjang.
Perjalanan ke gua menggunakan jambatan kayu adalah agak licin dalam gua nanti, seterus anda kena merentasi anak sungai dan melalui kawasan berbecak dan berlintah maka hendaklah menyediakan pakaian dan kasut sesuai untuk perjalanan ini.
